PANAS!! Selepas Pulang Dari Umrah Awal Sudah Tidak Tahan Dan Berlaku Jujur Dedahkan Perubahan Ketara Yg Ramain Sudah Perasan Pada Scha,,Bawa Bersabar Awal...,Kalau Jodoh Panjang Tidak Kemana



#Pelakon Scha Alyahya mengakui lebih sabar dan tidak mudah melenting selepas pulang mengerjakan umrah Ramadan lalu.

#Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 33, dia lebih menghargai adat dan budaya masyarakat Malaysia selepas melalui beberapa ujian dan pengalaman di Mekah.

#“Bayangkan di sana sangat ramai orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang, sudah tentu banyak ragamnya. 

#Namun yang membezakan mereka dengan orang kita (Malaysia) ialah adab dan kesabaran yang tinggi. Susah kita nak tengok orang dari negara lain beratur ketika menunggu giliran kerana mereka bukan begitu.

#“Bila balik sini saya lebih menghargai adat dan budaya kita dan saya juga menjadi seorang yang penyabar berbanding sebelum ini," kata Scha kepada Astro Gempak.

#Scha ditemui ketika majlis rumah terbuka restoran Rumah Kueh milik pelakon Rita Rudaini di Sunway Nexis, Kota Damansara.

#Bagaimanapun jelas Scha, dia sangat kagum dengan sikap jemaah yang mengerjakan Umrah sambil bersedekah.

#“Rasa gembira sebab dapat lihat jemaah berebut mengejar dan membuat pahala. Ada yang beri makanan percuma, menderma dan membentang tikar sepanjang jalan serta menyediakan juadah berbuka untuk jemaah lain.

#“Ini fenomena baru buat saya dan jemaah kita dari Malaysia juga teruja dengan situasi tersebut.

#Dalam pada itu, Scha turut memanjat rasa syukur kerana perjalannya mengerjakan Umrah bersama suami, anak dan keluarganya berjalan lancar.

#“Saya memang dah lama pasang niat untuk bawa ibu dan bapa mengerjakan Umrah, bila hajat tertunai saya rasa bersyukur sangat.

#"Sebelum ini bertahun-tahun rancang tapi tak pernah menjadi.

#"Alhamdulillah, semua dipermudahkan Allah SWT. Walaupun cuaca panas semua ibadah dapat dilakukan dengan sempurna. Lara pun tidak meragam dan menurut sahaja apa yang kami lakukan,” ujarnya.

#Dalam perkembangan lain, Scha akan memulakan penggambaran sebuah telefilem dan drama bersiri yang turut menampilkan pelakon Alif Satar.

0 Response to "PANAS!! Selepas Pulang Dari Umrah Awal Sudah Tidak Tahan Dan Berlaku Jujur Dedahkan Perubahan Ketara Yg Ramain Sudah Perasan Pada Scha,,Bawa Bersabar Awal...,Kalau Jodoh Panjang Tidak Kemana"

Post a Comment