(10 Foto) Gadis Jelita Rusia Jadi Sensasi Internet Selepas Foto-Foto 'Berani Mati' Diatas Puncak Bangunan Kini Viral... GAYAT OOooo... Cuba tengok Gambar no 3 tu....


#Moskow - Semata-mata untuk mengambil foto yang cantik, seorang gadis Rusia, Angelina Nikolau, 23, sanggup menjelajah dunia dan mendaki pencakar-pencakar langit seterusnya menjadikannya selebriti internet.
#Malah, gadis itu sanggup menjelah China dan Hong Kong untuk selama tiga minggu untuk mengambil gambar berani mati - sehingga 300 kaki dari tanah.
#Tapi, gambar yang diambil bukan sekadar selfie, malah turut menyertakan gambar dia melakukan aksi gimnastik, dengan hanya beberapa inci dari penghujung antara bangunan-bangunan tertinggi di dunia.
#Antara imej yang dirakam menunjukkan gadis itu berbaring pada puncak sebuah bangunan dengan kakinya berada hanya beberapa sentimeter daripada kedudukan yang membolehkannya terjatuh.
#Nikolau kemudian memuat naik gambar-gambar itu di laman Instagramnya dengan kapsyen seolah-olah dia menikmati setiap foto di puncak bangunan-bangunan itu.
#Bagaimanapun, gadis tersebut tidak terlepas daripada kecaman apabila pengguna media sosial Rusia menyatakan dia perlu berhenti berbuat demikian kerana boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan serupa selain mengakibatkan dirinya cedera.
#“Anda terlalu muda dan cantik. Tindakan itu tidak wajar untuk nyawa anda,” kata seorang pengguna Instagram, just-joslyn.
#Foto-foto  Nikolau kemudian dipopularkan oleh portal-portal berita antarabangsa seperti Dailymail, The Sun, Telegraph dan pelbagai lagi. - Siakapkeli.my
#Sumber : Dailymail









0 Response to "(10 Foto) Gadis Jelita Rusia Jadi Sensasi Internet Selepas Foto-Foto 'Berani Mati' Diatas Puncak Bangunan Kini Viral... GAYAT OOooo... Cuba tengok Gambar no 3 tu...."

Post a Comment