SENSASI!!! SITI NORDIANA TERUJA TERIMA LAMARAN DARIPADA ABAM BOCEY!!!


#Biarpun sudah 5 tahun bergelar ibu tunggal, Juara Gegar Vaganza2, Siti Nordiana merasakan kehidupannya kini cukup lengkap di samping keluarga dan anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie, 6 tahun.

#Tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti pasangan, Nana menjelaskan pengalaman lalu telah banyak mengajar dirinya menjadi yang lebih baik.

#Pelawak terkenal, Abam melamar Siti Nordiana di dalam Program Gegar Vaganza2. Walau bagaimanapun lamaran tersebut hanya semata-mata salingan selepas persembahan nyanyian Siti Nordiana berakhir.

#“Bukan bererti saya selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi apa yang ditempuhi sudah cukup mematangkan saya.

#“Saya tidak pernah menolak jodoh, tetapi pengalaman lalu banyak mendidik saya supaya berhati-hati dalam memilih teman hidup. Buat masa sekarang, saya selesa sendiri dan membesarkan anak bersama bantuan keluarga sahaja,” katanya Siti Nordiana.

#Dalam pada itu, Nana juga menjelaskan, jika telah ditakdirkan bertemu jodoh, individu itu seharusnya boleh menerima anaknya terlebih dahulu (sebagai priority).

#“Saya ada anak, jika mahukan saya, dia perlulah menerima anak saya juga,” tambah Nana yang bakal muncul dengan album berkonsepkan nasihat dan motivasi bagi kanak-kanak yang berjudul Dodoi Anak....

0 Response to "SENSASI!!! SITI NORDIANA TERUJA TERIMA LAMARAN DARIPADA ABAM BOCEY!!!"

Post a Comment