Diriku 18 Tahun, Sangat Cantik Dan Suami Pula 66 Tahun TAPI Kenapa Aku Sanggup Khawini Dia?


#DUNGUN : “Walaupun usia jauh berbeza namun saya kahwin dengan dia sebab saya sukakannya, bukan kerana duit atau terhutang budi.” 


#Itu pengakuan Nur Nasirah Mohd Nazri, 18, yang memilih Ismail Lombok, 66, seorang warga emas sebagai suaminya.
Nur Nasirah berkata, perkenalan mereka bermula kira-kira dua tahun lalu apabila Ismail, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun sering minum di restoran ibunya, Salma Abdullah, 42, di Paka.


#Ketika itu Nur Nasirah selalu berada di restoran untuk melakukan kerja-kerja dapur selain mengambil pesanan daripada pe­langgan.


#Kata Nur Nasirah, dia mula tertarik dengan perwatakan duda lapan anak itu yang sering bertanya khabar keadaannya dan keluarga.











#Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa Ismail turut menaruh hati padanya dan dia melayan lelaki itu seperti pelanggan lain yang berkunjung ke restoran milik ibunya.


#Namun, sikap Ismail yang sanggup berterus terang kepada ibu bapanya dan sedia menunggu untuk mengahwininya, berjaya membuka pintu hati gadis itu.


#Nur Nasirah ketika itu baru sahaja menamatkan persekolahan tingkatan lima.


#“Biar apa orang hendak kata kepada saya namun saya terimanya seadanya, dia begitu mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati.


#‘Lagipun perkahwinan kami direstui keluarga, kami berkahwin dengan cara yang sah, ikut adat, cuma jarak usia sahaja berbeza, ia bukan penghalang cinta kami,” kata Nur Nasirah ketika dihubungi petang ini.


#Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua pihak, akhirnya Nur Nasirah yang juga anak ketiga daripada lima beradik pasangan Salma dan Mohd. Nazri Mat Kidi, 54, selamat diijabkabulkan dengan Isma­il dengan hantaran kahwin sebanyak RM7,000.


#Majlis akad nikah berlangsung di rumah pengantin lelaki di Jalan Santong, Paka kira-kira jam 10.30 malam, 18Mac lalu namun gambar-gambar perkahwinan mereka mulai menjadi viral di media sosial dengan ulasan-ulasan yang mempersendakan pasangan itu.


#Sementara itu, ibu Nur Nasirah, Salma yang juga rakan baik Ismail yang kini menjadi menantunya berkata, dia telah lama mengenali lelaki yang dikenali panggilan Pok Wil kerana mereka tinggal sekampung.


#“Selepas anak saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkali-kali meluahkan hasratnya itu, namun saya tidak memberikan keputusan kerana perlu berbincang dengan Nur Nasirah dahulu.


#“Akhirnya Nur Nasirah memberikan jawapan, barulah kami buat perbincangan lanjut lalu menetapkan tarikh perkahwinan mereka,” kata Salma yang merestui perkahwinan pasangan itu.-UTUSAN

0 Response to "Diriku 18 Tahun, Sangat Cantik Dan Suami Pula 66 Tahun TAPI Kenapa Aku Sanggup Khawini Dia?"

Post a Comment