Wanita Kahwini Lelaki Meskipun Hanya Ada 4 Bulan Untuk Hidup



#Apabila Jennifer Carter dan teman lelakinya, Solomon Chau merancang untuk berkahwin pada bulan ini mereka tidak menyangka akan berdepan dengan tragedi yang menyedihkan.
#Tregedi itu menyebabkan mereka terpaksa mempercepatkan tarikh perkahwinan kepada bulan April selepas Solomon dikesan menghidap kanser hati dan berada di tahap serius.
#Tidak lama kemudian, selepas empat bulan perkahwinan berkenaan, pada usia 26 tahun, Solomon akhirnya menghembuskan nafas terakhir, iaitu hari di mana dia dan Jennifer sepatutnya berkahwin sebelum ini.
#Ketika mengumumkan kematian suaminya dalam Facebook, Jennifer berkata, insan yang paling dikaguminya itu telah meninggal dunia semalam selepas lapan bulan bertarung nyawa.
#“Solomon berjuang untuk meneruskan hidup. Dia optimis terhadap saya dan untuk itu, saya ingin merakamkan terima kasih kepadanya,’’ kata Jennifer.
#Mereka berkenalan ketika Solomon mengadakan majlis hari jadinya yang ke-19 di rumahnya. Pada mulanya Jennifer tidak meminati Solomon namun akhirnya mereka mula keluar bersama dan Solomon juga berpindah ke Toronto untuk berada dekat dengan Jennifer.
solomon
#Jennifer Carter dan teman lelakinya, Solomon Chau.
#Ketika itu Solomon berusaha keras untuk menjadi seorang chef dan pada bulan April tahun lepas, dia telah melamar Jennifer.
#Mereka kemudiannya menetapkan tarikh perkahwinan pada 22 Ogos 2015, namun pada bulan Disember 2014, Solomon disahkan menghidap kanser.
#Dia kemudiannya menjalani pembedahan membuang tumor berkenaan dan proses berkenaan dianggap sebagai berjaya. Bagaimanapun pada bulan Mac lalu, Solomon dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
#Pemeriksaan lanjut mendapati kanser itu telah merebak semula dan lebih malang, Solomon berada pada tahap kritikal dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup.
#Pasangan itu menubuhkan laman web GoFundMe untuk mendapatkan sumbangan dan hanya dalam masa beberapa hari, mereka berjaya mengumpulan kutipan sebanyak $50,000.
#Solomon dan Jennifer kemudiannya berkahwin pada 11 April, namun malangnya, Solomon hanya bertahan selama empat bulan sebelum menghembuskan nafas semalam. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Wanita Kahwini Lelaki Meskipun Hanya Ada 4 Bulan Untuk Hidup"

Post a Comment