EKSKLUSIF!!! GADIS INI DIKATAKAN PUNCA SEBENAR PENCERAIAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE!!


#Memohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan mengenai status hubungannya bersama bekas isteri, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee, Ally Iskandar menjelaskan perkara tersebut di laman Facebook miliknya semalam.

#“BismillahirRahmanirRahim, kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai memberi maklum balas kepada pertanyaan pihak media, dan spekulasi sehari dua ini yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin Romli, 27”

#“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini dianggap sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan,” antara kata-katanya yang dimuat naiknya. 

#Selain itu, Ally menyatakan bahawa dia telah bercerai pada tarikh 17 Ogos lalu dan kini biar pun tidak mempunyai sebarang ikatan lagi bersama bekas isterinya itu, hubungan di antara mereka dan keluarga isteri masih keadaan baik.



#“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami. Besar harapan saya agar kenyataan ini terhebah dengan hikmah”, katanya lagi.

#“Saya doakan yang terbaik buat semua. Semoga Allah rahmati kita sentiasa,” katanya sebagai menutup kata. Semoga Ally dan isteri sama-sama tabah menghadapi situasi yang dihadapi kini dan akan datang.

0 Response to "EKSKLUSIF!!! GADIS INI DIKATAKAN PUNCA SEBENAR PENCERAIAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE!!"

Post a Comment